Wednesday, August 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

10 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH....

PENCANTUMAN MAMPU DAN SERU

TARIKH PERISTIWA : 10.08.1984

Pada hari ini 10.8.1984, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Khalil Yaakob mengesahkan bahawa Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU) dan Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU) akan dicantumkan menjadi satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Rancangan untuk mencantumkan kedua-dua unit itu telahpun dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Sebelum itu, satu kajian mengenai pencantuman dari segi perjawatan adalah dijalankan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut Datuk Khalil Yaakob pencantuman MAMPU dan SERU dibuat atas beberapa faktor utama yang akan membolehkan satu pendekatan bersepadu diambil bagi mengatasi masalah sosial ekonomi di negara ini, antaranya ialah :-

  1. Pendekatan penyelidikan MAMPU dapat diperkuatkan lagi dengan kajian empirik yang kini dilakukan oleh pegawai-pegawai SERU dan
  2. Hasil permodenan pengurusan hanya boleh dipastikan dari segi mutu dan impak khidmat kepada orang ramai, termasuk dalam bidang kajian SERU.

Sesungguhnya, pengesahan mengenai pencantuman MAMPU dan SERU pada hari ini dalam tahun 1984, akan dapat membuat perakuan-perakuan kepada kajian mengenai projek pembangunan berasaskan permodenan pengurusan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. SEMOGA CERIA SELALU DAN TERUSKAN TABIAT MEMBACA DEMI UNTUK MENAMBAHKAN ILMU DIDADA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...