Thursday, August 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
18 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH >>>

FORUM SEJARAH ANGKATAN TENTERA

TARIKH PERISTIWA : 18.08.1987

Pada hari ini 18.8.1987, Menteri Pertahanan Tengku Ahmad Rithauddeen telah merasmikan Forum Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera, dengan tema "Darurat 1948 - 1960", bertempat di Auditorium Arkib Negara Malaysia. Forum ini merupakan yang ke-4 dalam siri Pengkisahan Sejarah Angkatan Tentera anjuran bersama Arkib Negara Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Objektif Forum itu ialah :-

  1. Untuk mengumpulkan maklumat mengenai Sejarah Angkatan Tentera
  2. Menghargai jasa dan sumbangan angkatan tentera kepada bangsa dan negara
  3. Melengkapkan lagi maklumat-maklumat yang sedia ada.

Profesor Sejarah, Universiti Malaya, Dato' Dr. Khoo Kay Kim telah mempengerusikan forum tersebut dan diantara ahli panelnya ialah Jen. (B) Tan Sri Dato' Zain Hashim, Mej. Jen (B) Dato' Mahmod b. Suleiman, Kol (B) Dato' Yeop Mohidin b. Mohd Shariff dan Tan Sri C.C. Too. Dalam ucapannya, Tengku Rithauddeen memberitahu maklumat yang diperolehi hasil perbincangan itu amat bernilai sebagai bahan rujukan dan penyelidikan. Ini kerana, maklumat itu dapat membetulkan kesilapan fakta-fakta sejarah negara yang ditulis oleh penjajah. Di samping itu juga, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang pengorbanan dan kesetiaan anggota pasukan keselamatan dalam memperjuangkan maruah bangsa dan negara. Sesungguhnya, pengkisahan sejarah angkatan tentera pada hari ini dalam tahun 1987, dapat mengumpulkan maklumat dan fakta penting sebagai rujukan generasi akan datang.

(Gambar Hiasan)

SELAMAT MEMBACA, KERANA MEMBACA MENGURANGKAN STRESS DAN TINGKATKAN MINDA KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...