Saturday, August 27, 2011

Wanita Pemangkin Perpaduan - PM

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

SIAPA KATA WANITA TIDAK PENTING DI DALAM 'ARUS PEMBANGUNAN DAN PROSES TRANSFORMASI NEGARA?

Mari kita kongsi bersama akan apa yang di sarankan oleh PM kita tentang wanita.......

NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bergambar bersama replika cek untuk Program Pencegahan Jenayah, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (Sekata) pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wanita di negara ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perpaduan serta rakan kongsi dalam proses transformasi negara.

Kata Perdana Menteri, fitrah wanita yang penuh dengan sifat keprihatinan, kesabaran, kelembutan dan penuh empati menjadikan mereka sebagai insan yang layak menjadi ejen perpaduan.

‘‘Kerana itu wanita perlu diberi ruang dan peluang yang besar termasuk dalam bidang ekonomi serta politik kerana sekiranya kita mahu menjadi sebuah negara maju, maka kita tidak boleh mengasingkan wanita sebagai modal insan,” katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berucap sempena Majlis "SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2011 DI PWTC

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib menambah, negara juga akan kehilangan 50 peratus daripada potensi kemajuan negara sekiranya wanita tidak diberikan peluang dan ruang yang adil untuk bergerak maju.

Sebab itu, kata beliau, dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam sektor korporat yang dilancarkan Jun lalu bukanlah satu kuota, sebaliknya mencerminkan hasrat kerajaan untuk melihat golongan itu turut cemerlang dalam sektor berkenaan.

‘‘Ia adalah sasaran yang boleh dicapai bukannya kerana kuota tetapi secara merit kerana wanita kita berkemampuan dan layak untuk berada di tahap itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan akan terus berusaha mencapai sasaran peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada 2015 berbanding 46.1 peratus ketika ini.

Tambah beliau, penyertaan wanita sebagai tenaga buruh yang lebih besar merupakan satu proses berperingkat yang akhirnya boleh dicapai.

~Proses transformasi terhadap wanita di era ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara. Syabas wanita!..terima kasih PM. Ikhlas Dari : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...