Monday, August 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam ukhwah, salam Ramadhan dan salam sejahtera kepada semua

08 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH :

PENUBUHAN ASEAN

TARIKH PERISTIWA : 08.08.1967

Pada hari ini 8.8.1967, setelah rundingan di Bangkok diadakan di antara ketua-ketua negara Asia Tenggara, maka lahirlah "Deklarasi Bangkok" yang menandakan dengan rasminya penubuhan Association of Southeast Asian Nations atau "Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara" (yang lebih dikenali sebagai ASEAN) Anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Negara Thai dan Singapura. Malaysia ketika itu diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, Indonesia diwakili oleh Menteri Luarnya (Adam Malik), Filipina diwakili oleh Setiausaha Luarnya (Navciso Ramos), Singapura pula diwakili oleh Menteri Luarnya (S. Rajaratnam), manakala Negara Thai diwakili oleh Menteri Luarnya (Thanct Khowan).

Penubuhan ASEAN bertujuan untuk :-

  1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan secara bersama.
  2. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik dengan mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  3. Bantuan kepada negara anggota dalam bentuk kemudahan latihan dan penyelidikan.
  4. Kerjasama dalam bidang pertanian, perusahan dan perdagangan negara anggota untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dan
  5. Hubungan yang baik dan berfaedah dengan pertubuhan serantau yang lain dan pertubuhan dunia.

Sesungguhnya penubuhan ASEAN pada hari ini dalam tahun 1967, merupakan satu pertubuhan keserautauan yang menitikberatkan hal-hal ekonomi, kebudayaan, sosial dan politik bagi tujuan kesejahteraan umat.

ASEAN digalakkan menjaga keamanan dan kestabilan politik memenuhi piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MEMBACA MERCU KEJAYAAN. IKHLAS DARI : IBM.
{SUMBER : ARKIB NEGARA].

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...