Sunday, August 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

07 OGOS

Lembaga Letrik Negara antara peminjam rancangan pembangunan lima tahun pertama (Pinjaman Merdeka)

HARI INI DALAM SEJARAH.......

PINJAMAN PEMBIAYAAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN YANG PERTAMA

TARIKH PERISTIWA : 07.08.1957

Pada hari ini 7.8.1957, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan untuk mengambil pinjaman berjumlah RM 160 juta dengan kadar faedah 5 1/4% dalam pasaran wang Tanah Melayu. Pinjaman ini juga dikenali sebagai pinjaman merdeka adalah salah satu usaha untuk membiayai perlaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pertama yang menelan belanja 1358 juta ringgit. Ianya juga pinjaman jangka panjang peringkat pertama daripada jumlah sebenar sebanyak 500 juta ringgit. Antara projek-projek pembangunan utama yang akan dibiayai menerusi pinjaman ini ialah projek Lembaga Letrik Negara 40 juta ringgit, projek perumahan 20.5 juta ringgit, Keretapi Tanah Melayu 6.25 juta ringgit, projek Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Majlis Bandaran Petaling Jaya berjumlah 36 juta ringgit, projek kerja raya 9 juta ringgit, Skim Bekalan Air Klang Gates 17 juta ringgit, projek-projek RIDA 10 juta ringgit dan projek-projek telekom 8.25 juta ringgit. Pungutan pinjaman ini didapatkan dari institusi-institusi Kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Buku Simpanan Pejabat Pos, Syarikat-syarikat kerjasama dan sebagainya. Kerajaan juga bercadang mendapatkan pinjaman 85 juta ringgit atau 10 juta pound dari pasaran wang London. Pinjaman-pinjaman wang tersebut akan digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan lima tahun pertama yang bermula bulan Oktober 1956 dan berakhir 31 Disember 1960. Jangka masa ini adalah tahun-tahun Kerajaan menghadapi beban berat pentadbiran akibat darurat dari ancaman komunis di samping kemelesetan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun dengan pinjaman yang diumumkan kerajaan tersebut akan dapat membantu menggerakkan pembangunan negara.

Dulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga mendapat pinjaman rancangan pembangunan lima tahun pertama (Pinjaman Merdeka)


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BUDIMAN. MEMBACA TIDAK MEMBAZIRKAN MASA, MALAH MEMBACA SEOLAH-OLAH KITA PEMENANG SEGALA-GALANYA. IKHLAS DARI : IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...