[DARI MEJA IBM] :
Assalamu'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
Demi suami yang tercinta, si isteri sanggup berbuat apa sahaja, walaupun dia tahu si suami telah banyak membuat kesilapan dan telah banyak menyusahkan rakyat dan negara, tapi masih boleh di maafkan. Gara-gara politik yang terlalu ekstrem, gila pangkat, dendam, maka si-isteri sama-sama berbohong, sama-sama bersubahat, seolah-olah mereka-mereka ini tak takut kepada mati dan dilakhanati oleh allah s.w.t
Ini.....hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Kalau ada sesiapa yang terasa, IBM minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Bagaimanapun, ini berlaku didalam sebuah keluarga parti pembangkang yang terlalu mementingkan jawatan dan nama. Ada kebenarannya. Semua orang tahu, anda tahu, saya pun tahu. Baca dibawah ini, jangan tak baca.........
SHAH ALAM - Kerajaan disarankan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai jawatankuasa terpilih Parlimen bagi memastikan wujudnya keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya negara.
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, perlantikan itu akan memberikan lebih kepercayaan rakyat terhadap tindakan dilakukan oleh kerajaan.
"Ia juga menampakkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan bagi memastikan sistem diadakan ini lebih baik dan ikhlas. bukan sekadar syarat melengkapkan penambahbaikan. Jika tidak, sekurang-kurangnya panggil ketua Pembangkang bagi menentukan siapakah akan dipilih dari kalangan kami, dan apa hala tujunya, katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi berkata, ia pernah dilakukan di Selangor dimana perlantikan Pengerusi Jawatnkuasa Khas mengenai keupayan kebertanggungjawaban dan ketelusan Selangor (Selcat) diberikan kepada bekas ketua pembangkang, Selangor Dr Mohammad Khir Toyo.
Katanya, Mohamad Khir yang pada mulanya mempersetujui jawatan berkenaan bagaimanapun menolak selepas dipercayai mendapat tekanaan politik dalaman partinya.
* Mari sama-sama kita fikir-fikirkan. Relevankan kah permintaan dari Wan Azizah itu?..dan apakah kebaikan yang dapat rakyat semua kecapi, dan mampukan Anwar menjalankan tugasnya dengan baik sekiranya dia di lantik?.* - IBM