Friday, November 18, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA.....


 18 NOVEMBER



PERISYTIHARAN PENTADBIRAN INGGERIS DI SELANGOR

TARIKH PERISTIWA ; 17.11.1874

Pada hari ini dalam tahun 1874, Kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat telah mengumumkan Negeri Selangor diletakkan di bawah naungan Inggeris. Dengan pengumuman ini terbukalah pintu Negeri Selangor untuk kemasukan Inggeris.
Peluang British untuk campur tangan di Selangor ini bermula dengan peristiwa penyerangan ke atas rumah api di Tanjung Tuan yang telah didirikan oleh Kerajaan Inggeris. Gabenor Andrew Clarke yang baru balik ke Singapura selepas Perjanjian Pangkor telah mengambil kesempatan ini sebagai jalan untuk menghidupkan pengaruh British di Selangor. Tambahan pula beliau mendengar khabar angin yang menyatakan Putera Sultan Abdul Samad terlibat di dalam serangan tersebut.  Gabenor Clarke telah menghantar kapal perang Inggeris 'Pluto' yang kebetulan baru tiba di Singapura ke negeri Selangor untuk tujuan menakutkan Sultan Abdul Samad dan menunjukkan kekuatan Inggeris.
Andrew Clarke sendiri telah bertolak dari Singapura menuju ke negeri Selangor dan mendarat di Langat. Clarke menemui Sultan Abdul Samad dan menyatakan tujuan kedatangannya ialah untuk menyelesaikan hal serangan tersebut. Mereka yang terlibat dalam serangan tersebut telah dapat ditangkap dan dibicarakan serta dihukum bunuh dan Inggeris menuntut ganti rugi sebanyak $5,000 dari Sultan Abdul Samad.
Lord Kimberley, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British telah menulis surat kepada Andrew Clarke menyatakan Tengku Kudin pernah meminta bantuan Kerajaan Inggeris untuk menyelesaikan pergaduhan-pergaduhan di dalam negeri Selangor. Jika Inggeris tidak dapat memberi pertolongan beliau akan meminta bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Ini juga dianggap sebagai satu peluang bagi Clarke untuk campur tangan di Selangor. Walau bagaimanapun Andrew Clarke terpaksa menanti perintah daripada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British yang baru, Lord Carnavon untuk campur tangan di Selangor. Dalam pada itu satu lagi serangan telah berlaku di Kuala Labu, dalam daerah Langat. Clarke rnengambil kesempatan menghantar Frank Swettenham sebagai penasihat kepada Sultan Abdul Samad untuk mengamankan Selangor.
Dalam bulan Oktober 1874, di atas desakan Frank Swettenham akhirnya Sultan Abdul Samad terpaksa mengutus surat kepada Andrew Clarke supaya Selangor dimasukkan ke bawah naungan Inggeris. Setelah menerima kuasa daripada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British maka pada hari ini dalam tahun 1974, pengisytiharan ini telah dibuat.
SELAMAT MEMBACA KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...