ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
"Buangkahlah Budaya Cantas-mencantas Di dalam UMNO" - Tun Mahathir
Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO.
“Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja.
“Malah saya tidak nafikan bahawa apa yang berlaku itu boleh membelenggu proses dalam kita merombak atau melakukan transformasi kepada parti, lebih-lebih lagi menentukan kelangsungan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
“Dan mengenali Tun (Dr. Mahathir), menjelang persidangan (Perhimpunan Agung UMNO), selalunya cabaran dan pemikiran sebegini dilontarkan untuk melihat sama ada kita mampu atau tidak menyahut cabaran beliau itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DEMI UNTUK KESTABILAN PARTI DAN TIDAK MEMECAHAH BELAHKAN AHLI-AHLI, NASIHAT TUN ITU HARUS DI AMBIL KIRA KERANA CAKAPNYA ITU ADALAH DARI PENGALAMAN BELIAU SEMASA MENERAJUI UMNO SATU KETIKA DULU. TERIMA KASIH TUN DI ATAS NASIHAT TERSEBUT. IKHLAS DARI SAYA : IBM