Friday, November 25, 2011

Jamal Abdillah Ke Terengganu Bantu Mangsa Banjir?

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

SIAPA minat kat Jamal? mesti ramaikan, kan?. Nak beri tahu ni, Aura yang dicipta lelaki ini cukup luar biasa. Bermula dengan kejayaan memenangi Bintang RTM pada 1979, alunan suara jantannya terus memukau sehingga hari ini. Malah, dengan status sebagai Raja Pop, lelaki bernama Jamal Abdillah ini sering di letakkan pada kelas tersendiri berbanding penyanyi lain.


Tunggu kemunculannya di Terengganu untuk membuat persembahan sempena konsert dan makan malam di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 30 November ini. Pasti dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Jamal akan membuat persembahan selama satu setengah jam yang mana lima lagu penuh dan empat buah lagu medley akan disampaikan dalam dua sesi.

Majlis malam itu turut diselitkan acara cabutan bertuah yang melibatkan barangan bernilai lebih RM20,000 kepada pengunjung bertuah.

Apa lagi tunggu, jom le turun beramai-ramai. Mesti hebat punya. Apapun IBM nak cadangkan kat Jamal, apa kata bayaran yang Jamal dapat pada malam itu disalurkan kepada mangsa banjir yang sedang melanda Terengganu sekarang. Beso pahalanya Jamal oii. Hehehe..gurau-gurau je, saja nak usik Jamal. Tapi...kalau betul sudi apa salahnya, uluk le, kata orang utara. Ikhlas dari saya yang benar : IBM
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...