Thursday, November 24, 2011

Message Tuanku Kepada Pembangkang : Jangan Caci Polis

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Walaupun tidak menyebut nama pihak yang cenderung untuk mengkritik dan mencaci polis, tapi..ianya jelas ditujukan kepada pembangkang. Siapa lagi yang suka mempermain, mempersenda dan mencaci polis kalau tidak Pembangkang. Itukan kerja depa, dan dah jadi darah daging depa.

Baginda bertitah, perbuatan sedemekian perlu dielakkan kerana polis juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Menurut baginda, ada kumpulan-kumpulan dan individu yang sengaja engkar arahan polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara.
Faham-faham je lah siapa yang di maksudkan.
Jesteru, baginda menyeru kepada rakyat di negeri Selangor supaya menyokong tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada polis supaya Selangor akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, rakyat berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni dan selesa.

Baginda tak lupa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya membantu mengekalkan keamanan dan menangani anasir negatif daripada berleluasa serta mengurangkan kadar jenayah di negeri Selangor.

Di samping itu, baginda megingatkan dan menyeru setiap anggota PDRM supaya sentiasa berdisplin dan berintegriti tinggi agar dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. Apa yang penting ialah setiap anggota polis menjalankan tugas mengikut undang-undang dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribagi.

Ucapan baginda ini ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

[-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
Memang bernas ucapan DYMM Tuanku. Kita sebagai rakyat harus menghormati dan menghargai tugas yang di jalan oleh anggota polis. Kerana merekalah kita bebas kemana sahaja tanpa gangguan kerana pihak polis dapat mencegah dan menurunkan kadar jenayah di negara kita ini. Berterima kasihlah kepada mereka. Hanya PEMBANGKANG saja yang tidak menghormati dan mengiktiraf tugas anggota polis. Mereka melihat polis sebagai anjing, anjing kerajaan. Itu pernah mereka lontarkan kepada anggota polis, bukan IBM kata, tapi pembangkang kata. Ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...