Wednesday, November 23, 2011

Malam FFM24 Di Cemari : Raja Azmi Minta Maaf

ASSALAMUALIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Raja Azmi Hantar Surat Mohon Maaf Kepada TPM

 Penerbit filem ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman telah menghantar surat memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dia dikritik kerana dikatakan mencemarkan anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri di Panggung Anniversary di sini 16 November lalu.
Menurut isteri kepada bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek itu, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan perkara itu bagi membersihkan namanya yang menjadi kontroversi pada malam pembukaan Anugerah Gemilang Cipta FFM24 itu dengan filem terbitannya ...Dalam Botol turut dipertandingkan.
“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu khas pada malam anugerah itu. Saya memohon maaf jika saya telah mencemarkan majlis itu dengan tindakan saya yang di luar kawalan emosi dan m
eninggalkan majlis itu.


Tan Sri Muhyiddin Yasin Tetamu Khas Di Malam FFM24
“Saya juga berharap supaya isu itu tidak diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak. Saya telah menghantar sendiri surat permohonan maaf saya itu di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang semalam,” katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada insiden 16 November lalu, Raja Azmi mengejutkan para hadirin apabila dia mengeluarkan perkataan “Kelakarlah..” dengan kuat selepas Jurey Latiff Rosli dianugerahkan pemenang kategori Pengarah Harapan menerusi filem Libas pada festival tersebut.
Penerbit filem yang selalu mencetuskan kontroversi itu bukan sahaja bercakap dalam nada yang kuat, malah beliau terus berlalu meninggalkan anugerah yang sedang disaksikan oleh Muhyiddin iaitu sejurus selepas Jurey menerima anugerah tersebut.
Raja Azmi bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan kemenangan Jurey yang juga Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia yang menganjurkan festival filem yang diiktiraf oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BEGITULAH EMOSI SESEORANG BILA KALAH DALAM SESUATU PERTANDING. BUKAN DISENGAJAKAN. DALAM KES RAJA AZMI NI, MUNKIN DIA TERLALU KONFIDEN YANG FILEM TERBITANNYA AKAN MENANG. TIBA...TIBA PEMENANG LAIN YANG DIUMUMKAN. BIASALAH TU. MAAFKAN DIA. DIA PUN DAH HANTAR SURAT MOHON MAAF KEPADA TPM. PERKARA SEPERTI INI TIDAK AKAN BERLAKU LAGI. MAJULAH INDUSTRI FILEM TEMPATAN DEMI NEGARA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...