ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA YANG TERCINTA
23 NOVEMBER
TUANKU ANTAH YAMTUAN SRI MERANTI
TUANKU ANTAH DIAKUI YAMTUAN SRI MENANTI |
Pada hari ini dalam tahun 1876, satu perjanjian telah ditandatangani antara Tuanku Antah dengan Penghulu-penghulu Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Dalam perjanjian tersebut Penghulu-penghulu Luak telah menyatakan ikrar taat setia serta memperakukan kedudukan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti adalah sah. Apabila Yamtuan Imam iaitu Yamtuan Sri Menanti mangkat pada tahun 1869, telah berlaku perebutan kuasa di kalangan anak-anak Raja untuk menaiki takhta. Yamtuan Imam meninggalkan seorang putera, Tengku Ahmad Tunggal yang seharusnya mewarisi takhta tersebut. Disebabkan perangainya kurang disenangi, Dato-dato Penghulu Luak dan Orang Empat Istana enggan melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan. Sebaliknya, mereka telah melantik Tuanku Antah menjadi Yamtuan Sri Menanti. Walau bagaimanapun, satu peperangan sengit yang dikenali sebagai 'Perang Bukit Putus' telah berlaku. Yamtuan Antah telah dikalahkan dan melarikan diri ke Johor. Melalui perjanjian tersebut, mereka mengakui dan mengesahkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti. Sesungguhnya, perjanjian tersebut telah menamatkan perang saudara di Negeri Sembilan dan penjajah Inggeris berjaya selangkah lagi dalam usahanya menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SALAM HORMAT KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. SELAMAT MEMBACA DAN MENGKAJI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|