Tuesday, November 29, 2011

Anwar Mesti Bengang, Tun Puji Najib!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

NAJIB BERJAYA KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT - MAHATHIR


TANPA berselindung, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perkembangan politik dalam UMNO masa kini adalah lebih baik daripada tahun 2008. Pada ketika itu ramai ahli Umno telah mengubah haluan mengundi pembangkang. Dengan erti kata lain, undi protes.

Itu, bukan bermakna mereka tidak suka pada UMNO, tetapi mereka tidak suka dengan sikap pemimpin UMNO di waktu itu kerena mereka terlalu ego, sombong dan angkuh. Oleh itu, maka ianya direalisasikan dengan bentuk undi dengan mengundi pembangkang. Tetapi, kini, jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul untuk mencapai Wawasan 2020, malah telah berjaya mengambalikan sokongan rakayat kepada UMNO.

Tun Mahathir seterusnya mengingatkan rakyat, sekiranya mereka mahu mengantikan kerajaan yang sedia ada dengan pembangkang, beliau tidak nampak kebaikan yang ada pada pembngkang. Dan, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, dapat hidup lebih sempurna. Oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan yang kini telah banyak berjaya pada rakyat.

[Satu nasihat yang amat berguna daripada mantan Perdana Menteri kita. Harap rakyat dapat sedar. apa gunanya kita tukar kerajaan yang baru di kalangan pembangkang, kerana  mereka tiada pengalaman yang tinggi untuk menerajui negara, malah negara ini akan hancur. Fikir-fikirkanlah. Ikhlas dari saya yang benar : IBM]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...