ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
SEMBANG-SEMBANG BOLA.......
PETANG ini, anak buah Ong Kim Swee turun sebagai juara bertahan menentang Mynmar pada aksi separuh akhir bola sepak Sukan Sea 2011, di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Turun selaku juara kumpulan A selepas menundukkan tuan rumah, Indonesia 1 - 0 di gelanggang yang sama kelmarin, skuad Harimau Muda diharapkan mampu mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Myanmar.
Semoga Kim Swee mampu merangka strategi berkesan bagi memerangkap lawan, seterusnya menyalakan impian beraksi di pentas final sekali gus mempertahankan kilauan emas yang dimenangi di Laos dua tahun dulu, 2009.
Sementara itu, skuad Garuda kendalian Rahmad Darmawan bakal berdepan juara kempulan B, Vietnam sebaik perlawanan antara Malaysia dan Myanmar.
Seluruh peminat bola sepak negara mendoakan agar Harimau Muda dapat mengalahkan Mynmar pada petang ini dan sekali gus mempertahankan pingat emas yang kita menangi 2 tahun lepas. Apa yang penting, anak-anak buah Kim Swee fokus kepada perlawanan, kurangkan membuat silap dan tajamkan bahagian serangan, disampingkan itu perkukuhkan di bahagian pertahanan. Jangan gentar dan gugup, kerana ribuan peminat fanatik Indonesia akan mengebo kita. Bermain seperti biasa, insyallah kita akan perolehi kemenangan. Yakin boleh, Malaysia boleh!