Wednesday, November 16, 2011

Sidang DUN Selangor : Ronnie Liu Terkedu Dibelasah!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


DOLAK DALIK RONNIE GAMATKAN DEWAN



SHAH ALAM - Jangan ingat apabila BN jadi Pembangkang segala-galanya mudah buat Pakatan Rakyat di Sidang DUN Selangor.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi HANGAT apabila seorang wakil BN, Wong Kun Moon (BN-Kuala Kubu Bharu, mempersoalkan tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu, kerana sering berdolak dalih apabila isu pengkuatkuasaan pusat hiburan dibangkitkan.

Pelik, dalam isu berkenaan, Ronnie menunding jari terhadap Polis kerana didakwa gagal memberi kerjasama berkaitan penguatkuasaan pusat hiburan. Pandai sungguh wakil DAP ni berdalih dan bersendiwara. Namun, Kun Moon mencabar dan akan membawa Ronnie meninjau kawasan pusat hiburan tersebut.

Dari situ, kita boleh menjadi saksi samada benar polis enggan bekerjasama atau sebaliknya. Walauapa pun, sekirannya pihak polis tidak mahu memberi kerjasama, bagaimana pula pihak berkuasa tempatan (PBT)?..sedangkan PBT yang sepatutnya bekerjasama dengan mereka. Ini adalah satu alasan.

Sementara itu, Datuk Johan Abd Aziz (BN-Semenyih) pula mendakwa terdapat 21 pusat hiburan seperti karaoke, snuker, rumah urut dan permainan video dikesan di kawasannya membabitkan Taman Tasik Semenyih, Pekan Semenyih.

Dan, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pula mendakwa kewujudan sebuah Pusat Urut ditingkat belakang ibu pejabat milik seorang Ahli Parlimen Pas. Menurutnya, sebelum 2008, tiada pusat hiburan seperti itu. Terdapat juga 19 buah rumah tumpangan di Kuala Selangor yang diragui akan statusnya.  Hohoho....apa komen kamu Ronnie? Khalid gagap, back up le si Ronnie tu....

Kesimpulannya, semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor hampir 4 tahun, pusat hiburan dan rumah urut tumbuh bagikan cendawan, ini kerana ketua pentadbirnya, Menteri Besar adalah DAYUS, dan papet kepada DAP, dari segi zahirnya gah Menteri Besarnya dikalangan orang melayu, tapi di belakangnya adalah cina DAP. Kepada rakyat negeri Selangor, adakah anda semua ingin melihat perkara seperti ini berterusan?....fikir-fikirlah sendiri.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...