Thursday, November 17, 2011

Selepas Kompleks Sukan PKNS, bangunan mana pula Pakatan nak roboh??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Penduduk Tetap Bantah Projek Pembangunan PKNS Tidak Wajar (Suara Rakyat)



SEBUAH lagi bangunan bersejarah yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis di dalam arena sukan negara di Kelana Jaya, Selangor, akan lenyap dan menyembah bumi tidak lama lagi. Ini kerana kerakusan kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat (PR) demi untuk pembangunan dan dapat membantu rakyat. Kononnya le.

Kompleks sukan PKNS, bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek kediaman dan kawasan komersial bernilai tinggi. Projek tujuh blok pangsapuri 30 tingkat dan kompleks perniagaan 15 tingkat yang bakal dibina di kawasan tersebut, tapi, dibantah penduduk setempat.

Tinjauan dibuat, rata-rata penduduk lama yang mendiami kawasan itu menganggap projek bernilai RM2 billion itu tidak wajar di laksanakan bukan disebabkan lokasinya yang tidak sesuai malah penduduk turut berpendapat ia langsung tidak memberi manafaat kepada penduduk setempat.


Menurut penduduk di SS5A, jika projek tersebut diteruskan, penduduk tempatan yang tinggal sejak sekian lama di situ akan terus terhimpit dengan pembangunan yang tidak terkawal di situ.

Sejarah membuktikan, Kelana Jaya dahulunya terkenal sebagai kediaman untuk kakitangan kerajaan, kini ianya sudah berubah, banyak kompleks perniagaan dibina dan bagi mereka ia tidak membawa makna malah penduduk kini terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan teruk akibat kepadatan penduduk yang terlampau tinggi.

Mereka juga menyedari harga rumah, tanah dan sebagainya akan naik dan boleh beri keuntungan, tetapi harus diingat cukai juga akan meningkat, jadi cukuplah dengan apa yang ada sekarang dan tidak perlu ditambah.

Di samping itu, kerajaan negeri sekarang ini, janganlah cuba-cuba nak menyalahkan kerajaan yag terdahulu, kerana mereka sudah membuat perjanjian dan sebagainya, tetapi kerajaan negeri kini masih mempunyai kuasa untuk membatalkan projek tersebut kerana PKNS adalah anak syarikat di bawah kerajaan negeri.

Besarlah harapan penduduk-penduduk di situ, agar ianya tidak menjadi seperti Subang Jaya yang ketika ini hampir kesemuannya adalah kawasan komersial berikutan pembangunan tidak seimbang.

Tak tahu apa nak komen. Sepatutnya kerajaan negeri yang ada sekarang, patut mengkaji semua akan projek tersebut. Itulah satu-satu kompleks sukan yang tinggal di Petaling Jaya yang mana di situlah lahirnya ramai jaguh-jaguh sukan tanah air, seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang R.Arumugam, Datuk Soh Chin Ann, Santok Singh dan ramai lagi. Setiap kali bila kita lalu di situ, kelihatan ramai ahli-ahli sukan turun berlatih di sana dengan suasan padangnya yang hijau. Sekiranya di robohkan, dimanakah akan di cari ganti tempat yang sedemekian? Fikir-fikirkanlah. jangan jadi banggang wahai Pengurus Besar PKNS dan Menteri Besar yang gagap. Dasar kerajaan PR, penipu rakyat.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...