Thursday, November 24, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

 24 NOVEMBER

YAPIEM LANCAR `PROJEK AL-QARDHUL HASAN’ (SKIM PINJAMAN MENURUT ISLAM)
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada 13 Oktober 1976, merupakan sebuah yayasan yang bertanggungjawab mengenai masalah sosio-ekonomi keluarga termiskin di Malaysia. Antara pendekatan yang telah dijalankan oleh YAPIEM bagi mencapai hasrat tersebut ialah program meningkatkan taraf sosio ekonomi, program mengukuhkan tradisi keilmuan, program memantap kebajikan ummah dan program membangun institusi Islam. Bagi pendekatan meningkatkan sosio-ekonomi YAPIEM pada 24 November 1989, telah melancarkan Skim Pinjaman Al-Qardhul Hassan iaitu satu skim pinjaman menurut Islam yang tidak mengenakan faedah kepada golongan miskin yang akan memulakan perniagaan. Projek printis dijalankan di Machang, Kelantan melalui pengurusan oleh Bank Islam Malaysia. Skim pinjaman Al-Qardhul Hassan telah membuka peluang-peluang perniagaan kepada golongan miskin dengan pemberian modal awal untuk mereka menjalankan perniagaan. Dengan ini akan dapat menambahkan pendapatan golongan miskin. Di samping itu berusaha membangunkan usahawan kecil yang berdaya maju. Sehingga kini YAPIEM telah berkembang pesat, usaha-usaha membangunkan sosio ekonomi golongan miskin telah di pelbagai bukan setakat usaha-usaha di bidang ekonomi sahaja termasuk juga bidang ilmu pengetahuan. 
BANGUNAN YAPIEM

[------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG SAYA MULIAKAN. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
[------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...