Tuesday, November 22, 2011

SKUAD HARIMAU MUDA DISAMBUT MERIAH DI LCCT

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. 

KEMBALINYA SANG HARIMAU MUDA KE TANAH AIR.  CENGKAMAN YANG MENJADI

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini.Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta. Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.
"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. -- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IBM INGAT NAK JUGA PERGI SAMBUT DEPA KAT LCCT. ALAMAK, IBM TERBABAS, SEDAR-SEDAR DAH PUKUL 8:30. APA NAK BUAT TAK ADA REZEKI. NAMPAKNYA JURU LATIH SKUAD HARIMAU MUDA KITA NI, ONG KIM SWEE BEGITU CERIA SEKALI BEGITU JUGA PARA PEMAIN. SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT KAMU SEMUA KERANA MEMBUAT NAMA NEGARA BEGITU HARUM DI KACA DUNIA. DAN SELAMAT BERJUANG SEKALI ESOK, DI BUKIT JALIL UNTUK PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK. SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN SEMOGA BERJAYA. IBM AKAN TURUN ESOK MEMEBERI SEMANGAT KEPADA KAMU KALIAN. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...