ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR
22 NOVEMBER
PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTRI DI MALAYA
TARIKH PERISTIWA ; 22.11.1917 |
Badan-badan Sukarela memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja-kerja sukarela. Badan-badan ini telah lama bergiat, terutama di sekolah-sekolah, salah satu daripada badan tersebut ialah Persatuan Pandu Putri Malaysia. Persatuan Pandu Putri telah ditubuhkan pada 22 November 1917, oleh sekumpulan sukarelawan British yang diketuai oleh Cik Gertrude Ballard di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur bertujuan mendedahkan kanak-kanak kepada suatu pertubuhan sukarela.Persatuan Pandu Putri telah berkembang dengan pesat. Persatuan ini telah didaftarkan dengan rasminya di Ibu Pejabat Pandu Putri di Calcutta, India pada 22 November 1917. Sayap persatuan ini terus berkembang dengan penubuhan Pasukan Kadet pada 1926 dan Renjer pada 1925 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sejak didaftarkan Persatuan Pandu Putri telah mendapat pengiktirafan Kerajaan di mana pada tahun 1928 Kerajaan telah memperuntukan RM2000.00 setahun untuk kegiatan pergerakan ini di Malaya. Persatuan Pandu Putri Malaysia telah berkembang pesat sejak negara mencapai kemerdekaan. Keahlian telah bertambah dari setahun ke setahun dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Penglibatan persatuan ini memainkan peranan penting dalam mendidik golongan remaja menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT MEMBACA KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
|
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|