Thursday, November 24, 2011

Selangor Pikat Bonai, Wanggai?

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

SEMBANG-SEMBANG BOLA DI MALAM JUMAAT......

KEHEBATAN dua tunggak Indonesia, Titus Binai dan Patrich Wanggai semuanya mencuri tumpuan ramai pihak ketika temasya Sukan Sea baru-baru ini. Malah, setiausaha Agung bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin juga mengakui pada awalnya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menyarung kersi Gergasi merah kuning untuk musim depan.

Menurut beliau, aksi bertenaga kedua-dua pemain kelahiran Papua itu terutama ketika membelasah kemboja 6 - 0 pada aksi pertama pasukan itu, jelas menarik minatnya untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka menjadi pemain import selepas mengikat tonggak Lubnan, Ramez Dayoub sebelum ini.

Malah,  Hamidin juga telah berjumpa keluarga kedua-dua pemain itu dan memberitahu hasratnya yang mahu memikat mereka bagi memperkasakan skuad merah kuning. Bagaimanapun, hasrat itu akhirnya dibatalkan apabila melihat permainan mereka tidaklah sehebat mana.


Semasa di Final menentang Malaysia, kelibat kedua-dua mereka dilihat tenggelam dan kurang menyinar, jadi hasrat itu di hentikan dulu buat masa ini untuk menyarung jesi Selangor. buat masa ini, Selangor mungkin akan mengambil seorang lagi pemain import yang dikatakan bekas penyerang Chelsea, Mateja Kezman. Hamidin enggan mengesahkan perkara itu. Sebaliknya cuma membayangkan pemain itu mungkin berasal dari benua Afrika. 

IBM doakan kejayaan skuad merah kuning untuk musim depan dan mengaut kesemua kejuaran. Selangor tetap di hati ku. Ikhlas dari saya yang benar : IBM
[-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...