ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
KELANTAN GAGAL MANFAAT PINJIMAN DUIT KERAJAAN PUSAT PULIH BEKALAN AIR
BUKAN kata kerajaan pusat tak tolong, tapi...bila dah tolong lihatlah apa sudah jadi. Selalu kita dengar kerajaan negeri Kelantan menyalahkan kerajaan pusat dan menyatakan mereka dianak tirikan. Tidak benar. Sebenarnya kerajaan negerilah yang gagal mentadbir negeri kelantan dengan baik. Nik Aziz dan Pas ternyata gagal.
Walaupun UMNO dah jadi pembangkang di Kelantan, tapi masih mengambil berat permasalahan rakyat. Terutamanya masalah air yang berlanjutan hingga kini masih belum lagi selesai. Jestru, Umno Kelantan mempersoalkan kelemahan Kerajaan Negeri Kelantan yang gagal menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri itu meskipun kerajaan Pusat sudah memberi pinjaman RM600 juta sebelum ini.
Apa Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Pas buat dengan duit sebanyak itu?. Sebagai pembangkang, Pengerusi Umno negeri Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohamed ingin mendapat penyelesan yang lojik, apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri dengan wang pinjaman untuk membaik pulih kualiti air di negeri itu?
Demi rakyat, Umno Kelantan bertekad untuk membantu dan menyelesaikan isu bekalan air bersih ini, apatah lagi bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berjanji, jika Barisan Nasional (BN) berjaya memperolehi kepimpinan negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) masalah berkenaan akan diselesaikan.
Selama 21 tahun Kelantan diperintah Pas, terlalu sedikit pembangunan atau perubahan yang dibuat oleh Pas. Oleh itu, jelas Tok Pa, Umno akan membawa Kelantan dalam arus pembangunan dan buat perubahan besar, sekiranya BN memerintah. Insyallah.
600 juta?...banyak tu. Macam-macam boleh buat dengan duit tu. Tapi, kemana perginya duit tu? Kata untuk pulihkan air yang kotor. Pok Nik, apo cerito? Ok lah tak nak komen banyak2, biar rakayat Kelantan yang memikirkannya dan buat penilaian. Nanti orang kata kita sibuk pulak. Itu je lah. Ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]