Sunday, November 27, 2011

Najib Bapa Transformasi, Berani Dan Komited, Pembangkang???

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA





Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.
Perdana Menteri berkata, penghijrahan dengan melaksanakan agenda transformasi negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh, meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.
"Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar," katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1433H yang akan disambut esok di sini, hari ini.
Menurut beliau, bagi tahun ini, sejak Januari sehingga September, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus, manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini ialah sekitar 5.8 peratus.
Katanya, agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global.
"Sama ada di peringkat Asia mahupun dunia, kita juga konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat ajaran al-Quran dan as-Sunnah," katanya.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengaminkan doa dibaca oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (kiri) pada Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Negara, malam tadi.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya mengingatkan seluruh umat Islam di negara ini memulakan lembaran baru 1433 Hijrah dengan iltizam yang jitu untuk memperkukuh dan mempertingkatkan ilmu serta keupayaan dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, agar dapat melaksana transformasi dan pembaharuan dengan cekap dan efektif.


Katanya, susulan itu, hasil daripada sesuatu tugas dan pekerjaan yang dilaksanakan akan menjadi lebih baik, berkualiti, produktif di samping menjana manfaat sepenuhnya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
"Saya juga percaya dan yakin transformasi konsep hijrah ini sesuai dijadikan model dan panduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, khususnya dalam usaha kita bekerjasama bagi memperkasakan kekayaan ekonomi dan memakmurkan kesejahteraan serta menguatkan lagi kesepakatan rakyat di negara yang kita cintakan ini," katanya.
Muhyiddin menambah, hijrah memerlukan pengorbanan yang besar dalam melaksana perubahan bagi mencapai sesuatu yang lebih baik dan cemerlang.
"Oleh itu, di dalam konteks globalisasi hari ini, setiap dari kita dituntut menanam sikap ingin melaksana pembaharuan dan kemajuan dengan semangat dan azam yang tinggi berlandaskan prinsip dan syariat Islam," katanya.
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1433 Hijrah/2011 Masehi adalah bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".





Transformasi yang dilaung-laungkan oleh PM kita adalah transformasi untuk semua, untuk rakyat. Sama-samalah lita menjayakannya dan berilah kerjasama yang gitu untuk PM kita. Hidup Najib, hidup BN!!, insyallah. Ikhlas dari saya yang benar : IBM.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...