Tuesday, November 22, 2011

HHMMMM..SEDAPNYA HINGGA TERCEKIK!!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MELAKA : IBARAT kita makan Kentucky Fried Chicken, emmm..sedap hingga menjilat jari. Gara-gara makan makanan kegemarannya, 'Siput Sedut', sedut punya sedut, seorang gadis nyaris-nyaris maut apabila tercekik sedut masak lemak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen di rumahnya, malam semalam.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini TRAUMA. Mengikut cerita beliau, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Sariah, 37.

Selepas masak, beliau menakmatinya siput sedut itu sambil menonton TV. Ketika leka menonton, dia merasa seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekaknya merasa pedih, namun tidak mampu menjerit. Dia cuba menjerit memanggil ibunya di dapur, namun gagal menyebabkan dia menggelupur kesakitan.

Memang nasibnya baik, kerana ibunya mendengar anaknya mengelupur kesakitan dan cuba memberi bantuan untuk mengeluarkan siput sedut tersebut dengan menepuk belakang anaknya beberapa kali. Alhamdulillah, siput sedut tersebut terkeluar. Sementara itu, juru cakap Jabatan bomba yang di hubungi oleh seseorang, tiba 15 minit kemudian di lokasi kejadian, namun mangsa berjaya di selamatkan oleh ibunya.

Bagaimanapun, beliau selamat, pemeriksan kesihatan di lakukan, kecederaan dalam kerongkong mangsa tidaklah begitu serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian selamat. Maka terselamatlah budak itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAMPAKNYA SESIAPA YANG MENGANGGAP SIPUT SEDUT NI MAKANAN KEGEMARANNYA, HENTIKANLAH. CARILAH MAKAN YANG LAIN SEBAGAI PENGANTI. IBM MEMANG TAK SUKA MAKAN SIPUT SEDUTNYA NI KERANA TAK PANDAI NAK SEDUT. CUBA JUGAK MAKAN DAN SEDUT, TAPI, TAK KELUAR-KELUAR ISINYA. FED UP BETUI. LA NI, IBM DAH TAK MAKAN LAGI. HATI-HATILAH YE.....IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. Aduss Bro,
    Tak boleh tahan tengok siput sedut masam lemak tu. Nampak gaya petang ni kena keluar gi pasar ni..he..he..he. Cari sulur keladi sekali!

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Betul bro enalrahim. Memang sedap. Tapi..sayang IBM tak pandai nk sedut. Takut tercekik mcm budak tu pulak..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...