ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
SHAH ALAM - Kata Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) parti pembela rakyat, membantu rakyat. Bohong, itu adalah bohong semata-mata.
Seorang peniaga restoran, Mohd Rosseli Shamsuddin, 47, dah lebih 25 tahun mengusahakan restoran, akhirnya terpaksa berputeh mata apabila premisnya yang telah dibena dengan hasil titik peluhnya dengan pelaburan yang sehingga kini mencecvah RM300,000 itu di arah untuk dirobohkan semalam.
Restoran 'Nurul Tom Yam', bukan Nurul Izzah anak Anwar, yang terletak di jalan Kerjaya, Batu Tiga lama di sini, diarahkan untuk diroboh oleh Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL).
Menurut Mohd Rosseli, sebelum ini operasi restoran tersebut berjalan lancar dan dia mendapat kebenara memperbaharui TOL daripada PTD Petaling serta memperolehi lesen perniagaan daripada Majlis Badaraya Shah Alam (MBSA) pada setipa tahun dan lesen terakhir diperbaharui pada 2007 dan tarikh tamat 2010.
Tapi, pada 2011, secara tiba-tiba permohonannya untuk memperbaharui TOL tidak dibenarkan walaupun selepas rayuan dibuat beberapa kali dan ini menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan lesen perniagaannya.
Kata Rosseli, dimanakah keadilan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini menyatakan merekalah pejuang, pembela rakyat dan sentiasa membantu rakyat? sekarang apa sudah jadi?
Ini mesti ada yang tak kena. Mungkin PTD sudah mendapat isyarat dari kerajaan negeri supaya tidak memperbaharui lesen si Rosseli ni. Tentu ada orang yang dengki dan sengaja nak menabur pasir dalam periuk si Rosseli. Maklumlah, si Rosseli ni rupa-rupanya ahli UMNO, patut le.......Ikhlas membongkar untuk pengetahuan umum, dari saya yang benar : IBM.
[-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]