Wednesday, November 30, 2011

Calon Boleh Menang PAS Calon Orang Tua..Kah,kah,kah...

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


TERLALU ghairah dan konfiden akan menang di PRU ke-13, Pas Selangor tiada pilihan lain, terpaksa mengunakan khidmat calon yang lama, yang dah pencen pun bagi menghadapi PRU akan datang. Calon-calonnya pun telah dikenal pasti dan telah dihantar ke Pas Pusat untuk diluluskan. Bayangkan Pas akan menggunakan 80% tenaga lama bagi mempertahan kerusi-kerusi yang mereka menangi di PRU ke-12, 2008. 

Pas juga telah menetapkan syarat-syarat bagi seseorang calon yang ingin bertanding. Pertama, calon tersebut boleh menang, kedua calon itu mestilah disukai rakyat, ketiga, tidak merokok, haram. Dan sentiasa boleh turun padang untuk mendengar masalah rakyat. Berbalik kembali kepada peratus calon lama yang akan dikekalkan, masih ada 20% lagi kan. Persoalannya, bagaimanakah nasib calon muda Pas dari Angkatan Pemuda Pas yang selama ini di katakan menjadi pengempur di barisan hadapan dan pelapis kepada generasi tua? 

Dan, bagaimana nasib mereka di PRU ke-13 nanti? Adakah nama-nama mereka tersenarai di antara calon yang boleh menang?. andainya nama mereka tidak disenaraikan, ini jelas Pas tidak menghormati dan mengenang jasa-jasa mereka yang telah mereka curahkan kepada parti, maka bagi pandangan IBM, sia-sialah perjuangan mereka. Kebebasan mereka di sekat, dan kewibawaan mereka di ragui oleh pucuk pimpinan Pas. Apapun, itu masalah Pas, biarlah diaorang yang selesaikan masalah dalaman mereka. Harap ada generasi muda didalam Pas akan keluar meninggalkan Parti kerana ramai yang beranggapan, Pas sudah lari dari perjuangannya yang sebenar, kononnya memperjuangakan agama Islam. Tapi......itu omong-omong kosong sahaja.

Disamping itu, cuba anda ingat kembali  satu ketika bagaaimana Pakatan Rakyat dan Pas menyindir bahawa calon-calon dari UMNO/BN sudah terlalu lama memegang jawatan dalam parti, sudah tiba masanya untuk di gantikan oleh genarasi muda. Tapi...bagaimana pula dengan mereka?, contohnya Nik Aziz, Hj Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim. Mereka-mereka juga sudah terlalu lama memegang jawatan tertingggi dalam parti, dan fakta umur juga, kerana usia mereka sudah lanjut. Jadi, bilakah mereka akan berundur dan bersara dari arena Politik?

Itulah Pas dan Pakatan Rakyat, selalu mencari salah orang seperti kata perpatah, 'kuman diseberang boleh nampak, tapi gajah depan mata tak nampak'. Kalau Pas sudah mempunyai calon dan bersedia untuk bertempur di PRU ke-13 nanti, kita, UMNO/BN pun sudah lebih dari bersedia, calon-calon yang boleh menang pun kita telah ada. Kita tak gentar. Ayuh, rakan-rakan, sombayan telah dibunyikan, jom kita, kita tumpaskan Pakatan Rakyat dan Pas di Selangor dan di negeri-negeri yang lain jugak. Selamt berjuang. Ikhlas dari saya yang benar : IBM

Jom kita ke bawah sikit. Mari kita tengok siapa yang dah lama, perlu berundur.....


Inilah dia orangnya, Kenalkan?...kata alim, ulama, tapi mulut, tuhan je yang tahu, terlalu lazer, celupar dan suka mencarut.  Disyorkan supaya dia berundur di PRU ke-13 nanti. Berihatlah wahai Pok Nik.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...