Monday, November 21, 2011

Sayap UMNO Bersedia..Slogan, Logo "BN Pilihan Orang Muda" Dilancarkan.

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR21 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda dalam usaha mengiktiraf sokongan generasi itu terhadap parti berkenaan.

Slogan itu yang dilancarkan selepas program tertutup amanat Presiden UMNO bersama kedua-dua sayap parti, Pemuda dan Puteri hari ini mencatat sejarah tersendiri kepada BN.
Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.
Itu adalah antara pengiktirafan BN kepada golongan muda di negara ini yang telah memperlihatkan komitmen mereka untuk bersama-sama dengan parti yang telah sekian lama berkhidmat 
dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERGERAKAN PEMUDA BOLEH. AYUH, KITA GERAKAN JENTERA PEMUDA SEKARANG, DEKATI PENGUNDI-PENGUNDI MUDA KERANA KEYAKINAN PENGUNDI-PENGUNDI MUDA SUDAH MULA MENYEBELAHI BN. TERUSKAN WAHAI PEMUDA. IKHLAS DARI SAYA . TERIMA KASIH UMNONLINE.COM  - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...