Wednesday, November 30, 2011

Oh Tidak....Tidak Mungkin!!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

'PAS tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti PAS'


PENYAKIT PAS yang berdendam dengan UMNO tidak boleh di ubati lagi. Formula untuk menyatukan Pas dan Umno sudah berkubur. Kebencian yang mereka tanam di sanubar mereka begitu ketara dari hari ke hari. Di kepala mereka sekarang ni berlegar-legar mencari rumusan macamana caranya untuk menjatuhkan Umno. Dengki le katakan.

Dulu dan sekarang ni pun kita dapat lihat, dimana-mana saja kubu kuat Pas, tersergam 'banner' yang berslogankan 'PAS Ganti UMNO' di PRU akan datang. Terdapat juga di dalam internet (search google) slogan seperti itu.

Perkara ini telah diterangkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan Umno. Sebaliknya yang berlaku, ialah DAP menggantikan PAS.





Kenapa Tan Sri Muhyiddin berkata sedemekian? Kenapa?. Dari pengalaman yang Umno ada, gerak-geri DAP semasa bersama Pas, DAP seolah-olah begitu arif tentang agama Islam daripada Pas. Kerana, apa yang DAP cakap, Pas hanya mengiyakan sahaja. Dan, terbukti apabila pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankannya. Apabila pemimpin DAP menggelar dirinya 'Khalifah Abdul Aziz', Pas mengiktirafkannya.

Begitu juga apabila DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila di kecam, Pas diam seribu bahasa, seperti orang bisu. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi 'definisi' kepada Islam yang dianuti oleh Pas. Itulah antara ucapan dan ingatan Tan Sri kepada ahli-ahli Umno, khususnya orang Melayu semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. Peringata untuk semua supaya jangan tersalah langkah dan tersalah pilih. Ikhlas dari saya yang benar - IBM

REALITINYA SEPERTI GAMBAR DIBAWAH INI MEMPUNYAI JAWAPANNYA. ANDA FIKIRKAN LAH SENDIRI. SETUJU TAK?


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...