Tuesday, November 29, 2011

WOWWW!! CANGGIHNYA.......

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

TOYOTA PERKENALKAN KERETA TELEFON PINTAR

HEBAT, memang hebat orang-orang Jepun ni. Hari ke-hari ada saja ciptaan terbaru mereka di dalam apa jua produk dan dipamirkan kepada orang ramai. Setiap kali barangan/produk yang mereka pamirkan mendapat sambutan dari masarakat dunia.

Terkini, sebuah kereta berkonsepkan 'Futuristik' dicipata. Wow!..memang canggih dan menawan. Tapi, harganya tidak pulak dinyatakan. IBM yakin, ianya akan mendapat perhatain dunia. Agak-agak, bilalah negara kita boleh mengeluarkan produk-produk seperti ini?. 2020?...tak mustahil kot. Apapun kita tunggu dan lihat samada negara kita boleh bersaing dengan negara-negara lain seperti Jepun ini. Harap yang terbaik dari negara kita Malaysia. Slogan Malaysia 'boleh' diteruskan, insyallah - IBM


PRESIDEN syarikat Toyota Motor Corp., Akio Toyoda bergambar di sisi kereta konsep dan skuter yang ditunggang sambil berdiri, Winglet di Tokyo semalam.



TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.
Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".
Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.
Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.
"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.
Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...