ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
MISI TAWAN KEDAH. RAKYAT JANGAN ULANGI KESILAPAN LALU : MUHYIDDIN
SUNGAI PETANI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat negeri Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.
KETIKA menyampaikan ucapan selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di sini. Beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.
Yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah agar dapat hidup lebih selesa, namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar, kata Timbalan Perdana Menteri.
Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di Pekan itu dengan menaiki bas ekspress fari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi di sambut oleh pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.
Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli belah di pasar Pekan Sungai Lalang Lama.
Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah diiringi serama 25 orang anggota Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri di ketuai oleh Pengerusinya, Datuk ahmad Bashah Md Hanipah serta Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Jamil Bahrom dan ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain.
SUMBER : TERIMA KASIH UMNOLINE.COM.
Betui tu. IBM setuju sangat. Wahai orang-orang Kedah, jangan buat silap lagi dan salah pilih. Kalau tersilap lagi, buruk padahnya, dan kenalah tunggu 5 tahun lagi untuk menukar kerajaaan. Lama tu...macm-macam boleh berlaku. Ikhlas dari saya yang benar : IBM
[-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]