ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
SAIFUDDIN BIDAS WAKIL RAKYAT PKR PENTINGKAN KUASA
BIDAS membidas ni dah menjadi 'asam garam' PKR. antara mereka memang suka berkelahi, tapi, bagi saya itu hanyalah sendiwara politik murahan dan kotor mereka.
Semalam, Setiausaha Agungnya menempelak sebahagian wakil rakyat parti itu yang bersifat pentingkan kuasa dan nama, membelakangi kepentingan parti. Beliau juga menyifatkan golongan wakil rakyat itu sebagai oprtunis yang mencari peluang untuk kepentingan peribagi. Saifuddin memberi amaran bahawa sikap pemimpin seperti itu tidak akan diterima dalam parti. OH, marah betui nampaknya si Saifuddin ni. serius ke?
Saifuddin melepaskan geramnya ekoran beberapa wakil rakyat parti itu tidak turut sama menyertai kongress Nasional PKR ke-18 yang diadakan selama dua hari di Johor bahru. Tapi, beliau takut pulak nak menyebut nama-nama wakil rakyat yang dimaksudkan. Kenapa takut?, cakap je le, ataupun Saifuddin dah dapat maklumat bahawa ada di antara wakil rakyat PKR itu yang akan meninggalkan PKR tak lama lagi.
Jawapannya ada pada Saifuddin jerawat. Sendiri jawap lah.
Itu tanda-tanda PKR sudah nak berkubur. Saifuddin tahu sendiri, kemungkinan beberapa orang wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu tidak lama lagi. Itu andaian dari saya saja. Jangan salah anggapan pulak. Dari saya yang benar : IBM.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]