Sunday, November 27, 2011

ANWAR PM KETUJUH??..KAH, KAH, KAH...PUiiiiiiiii!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Laungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menobatkan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh tidak lebih sekadar satu lontaran harapan palsu kepada ahli dan penyokong parti mereka bagi mengambarkan parti itu kononnya masih lagi mempunyai kekuatan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, dengan kemelut dalaman tanpa kesudahan, PKR disamping pentadbiran caca merba keyakinan rakyat termasuk di kalangan ahli mereka sendiri kini berada pada tahap yang cukup rendah.

Justeru, jelas harapan palsu tersebut terpaksa dilontarkan sebagai usaha terakhir untuk memulihkan semangat dan keyakinan ahli dan penyokongnya terhadap kemampuan PKR.

"Mereka (PKR) kini berada pada tebing curam...apa lagi yang ada pada mereka selain sandiwara dan menjaja harapan palsu.
                                                                                           
Kita yakin pada pilihnraya Umum  akan datang mereka akan ketinggalan berbanding rakan pakatan lain. Dan dalam hal ini kita juga percaya Pas dan DAP tidak akan memberi laluan mudah pada PKR," katanya kepada Umno online di sini, hari ini. Beliau berkata demekian sebagai mengulas laungan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kongress parti itu di Johor hari  ini yang mahu menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Berbanding dengan pakatan pembangkang,         tegas beliau, keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada tahap yang tinggi menerusi pelbagai program tranformasi, sentuhan rakyat dan keterbukaan yang di tunjukan Datuk Seri Najib.

"Kita belajar dari setiap kesilapan daripada masa yang sama rakyat menilai kemampuan BN dan pakatan pembangkang yang telah diberi peluang untuk mentadbir beberapa buah negeri.

"BN tidak pernah takbur tapi, menyerahkan segala kuasa kepada rakyat untuk menentukan. Kita tidak bersandar kepada retorik kosong atau harapan palsu, tapi kita serahkan kepada rakyat nilaikan kerja dan kepimpinan kita. Saya percaya rakyat sudah dapat nilai untuk membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang," ujarnya.

Jesteru, beliau yang juga ketua UMNO Bahagian kulim Bandar Baru, yakin politik populis dan wayang sendiwara PKR termasuk rakan pakatanya yang lain sudah berakhir kerana rakyat tidak akan sekali lagi diperdayakan - MediaUMNO.

Kesimpulannya, PKR dan pengikut-pengikutnya hanya bermimpi di siang hari. biarkanlah labi terjun dengan labunya. Ikhlas dari saya yang benar : IBM. Terima kasih UMNONLINE.
[----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------]
                                                                               

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...