Thursday, November 17, 2011

Koh Tsu Koon Kota Janjinya.....

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


HORMATI TSU KOON TIDAK BERTANDING PILIHANRAYA


KUALA LUMPUR, 17 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hasrat Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang harus diterima oleh semua pihak.
Beliau berkata dengan keputusan itu, Gerakan sebagai salah satu komponen penting dalam Barisan Nasional (BN) dapat memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk memastikan kemenangan bagi kerusi yang ditandingi calon parti itu.

“Mungkin beliau telah mengambil kira pandangan ahli yang pernah juga disuarakan semasa Perhimpunan Agung (Gerakan) baru-baru ini yang mahu Koh menumpukan kepada usaha mencapai kemenangan bagi calon lain,” kata Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai keputusan Koh itu.
Beliau berkata BN amat menghargai jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan Koh kepada parti dan kerajaan selama ini.
Koh hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan menyifatkan keputusan itu sebagai langkah pertama bagi mempergiatkan lagi usaha memacu transformasi dan pembaharuan parti Gerakan.
Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Presiden Gerakan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Ditanya kemungkinan pengumuman Koh itu akan menjejaskan persediaan BN Pulau Pinang untuk menghadapi pilihan raya, Muhyiddin berkata:
“Saya tidak fikir begitu… pasti beliau lebih tahu dan pucuk pimpinan pun faham selepas pilihan raya lepas apa pandangan pengundi dan pandangan mereka pada pemimpin parti, malah ahli dalam Gerakan juga pernah menyuarakan, mungkin sebab itu diambil kira.”
Muhyiddin berkata beliau juga yakin ada pemimpin pelapis dalam Gerakan yang mampu memikul tanggungjawab dan meneruskan agenda parti itu bagi menentukan Gerakan akan terus mendapat sokongan rakyat.
Biarkanlah Tsu Koon dengan keputusannya. Jangan kita nak pertikaikan lagi atau menjadi isu kerana beliau telah mengotakan janjinya semasa di perhimpunan Agung Parti Gerakan baru-baru ini. Beliau bersikap gentlement, dahulukan parti dari dirinya, so, apa lagi yang nak di perkatakan. Kita sama-sama mendoakan agar dia berjaya dalam kerjayanya setelah dia bersara dari politik.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...