Tuesday, November 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA


 15 NOVEMBER

GAMBAR HIASAN 

MESYUARAT JAWATAN KUASA AM SEMPADAN BERSAMA (GBC) KE 12 DI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

TARIKH PERISTIWA : 15.11.1983

Masalah sempadan merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh negara-negara yang berjiran. Bagi Malaysia dan Indonesia masalah persempadanan sentiasa diberi perhatian melalui persidangan- persidangan, mesyuarat-mesyuarat, perbincangan dan sebagainya demi untuk mengwujudkan persefahaman antara kedua-dua negara. Pada hari ini 15.11.1983 Jenderal Tan Sri Moerdani, Panglima Angkatan Bersenjata Indonesia, sebelum berlepas pulang ke Indonesia setelah selesai menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Bersama Malaysia - Indonesia (GBC) Ke 12 pada hari semalamnya telah berkesempatan memeriksa barisan kehormat Askar Melayu DiRaja, Pasukan Handau dan Udara seramai 105 orang yang diketuai oleh Major Ariffin Shah, bertempat di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur. Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam Dalam mesyuarat Jawatankuasa tersebut beberapa keputusan telah dipersetujui di antaranya ialah:
  1. Indonesia bersetuju membenarkan angkatan tentera Malaysia menggunakan kemudahan di Pulau Natuna bagi latihan bersama dalam mempertingkatkan prestasi angkatan tentera kedua negara.
  2. Malaysia-Indonesia bersetuju mengkaji semula perjanjian kerjasama am sempadan 1972, dengan tujuan untuk memperluaskan lagi kerjasama selaras dengan keadaan masakini.
Semasa menyampaikan ucapan pembukaan di mesyuarat tersebut, Datuk Musa Hitam berharap Malaysia dan Indonesia akan dapat melahirkan gagasan untuk meningkatkan kerjasama di bidang sosio-ekonomi terutama di kawasan sempadan bersama. Jika dapat dilaksanakan usaha-usaha sosio-ekonomi tersebut pasti akan membawa manfaat besar terhadap kesejahteraan rakyat dua negara dan diharap akan menjadi kenyataan. Sesungguhnya mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Bersama Ke-12 di antara Malaysia dan Indonesia diharap akan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat kedua negara dan meningkatkan lagi kesejahteraan dan keamanan negara-negara di rantau ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...