DENDAM bossnya terhadap Papagomo dipanjangkan kepada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang kononnya akan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Papagomo dengan mendedahkan identitinya dan kemudian membuat laporan polis dan menfailkan saman terhadap blogger Umno kontroversi itu. Sumber lain mengatakan bahawa Rafizi juga ingin membalas dendam kerana Papagomo juga telah memfitnah beliau yang kononnya beliau telah dipecat oleh bekas majikannya iaitu Petronas. Maka beliau akan jadi dua kali jadi hero jika berjaya. Berangan le ko Rafizi. Identiti Papagomo sebelum ini yang menjadi misteri telah terbukti apabila nama Wan Muhammad Azri Wan Deris terdapat dalam soalan bertulis yang dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan oleh Ahli Parlimen Pandan itu di Parlimen pada Rabu.
Hari ini, di Parlimen, Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa orang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama-sama dengan petugas media, itu tuduhan yang dibuat oleh Rafizi. Maklumat ini juga telah tersebar secara meluas dalam talian, termasuklah di dalam Umno blog sendiri mengenai Papagomo yang telah secara bongkaknya memasuki kapal Scorpene, katanya si Mat jambu juga kesayangan Nuar Brahim selain dari Azmin Ali. Rafizi menjelaskan bahawa implikasi daripada dapatan beliau itu juga akan dapat membuatkan Wan Muhammad Azri terperangkap dalam kes sumpah bohong. Ketika memberikan testimoni dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawa terhadap Papagomo, Wan Muhammad Azri berkata di Mahkamah bahawa dia tidak pernah berada dalam kapal selam Scorpene.
Pada Februari, Anwar menang RM850,000 saman terhadap Wan Muhammad Azri berhubung 'posting' fitnah di blog. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop dalam penghakimannya juga mendapati Wan Muhammad Azri juga orang yang sama dengan Papagomo . Lantaran itulah yang membuat si Rafizi ni naik syok dan beliau begitu konfiden akan memenangi kes saman terhadap Papagomo. Tapi, si Rafizi ni lupa yang nak disamannya tu bukan calang-calang orang. IBM yakin kali ini Papagomo lebih bersedia dan mempastikan kali ini giliran dia pula menang. Tunggu Rafizi. Teruskan niat ko tu untuk menyaman dan menjatuhkan Papagomo. Kita tunggu dan lihat sapa yang kena nanti. Wasallam ~ IBM
STRATEGI RAFIZI SEBAGAI PENGARAH STRATEGI PKR SELALU KANTOI!
Jawapan oleh Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan sumpah, katanya. Mengikut sumber, Rafizi dan Ahli Parlimen Padang Serai akan membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap Wan Muhammad Azmi kerana melakukan sumpah bohong, kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada 8 April. Rafizi juga akan memfailkan saman sivil terhadap Wan Muhammad Deris kerana memfitnah beliau dengan mendakwa Rafizi dipecat oleh Petronas keranan membuat tuntutan palsu apabila beliau meninggalkan syarikat minyak dan gas negara pada tahun 2009.Pada Februari, Anwar menang RM850,000 saman terhadap Wan Muhammad Azri berhubung 'posting' fitnah di blog. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop dalam penghakimannya juga mendapati Wan Muhammad Azri juga orang yang sama dengan Papagomo . Lantaran itulah yang membuat si Rafizi ni naik syok dan beliau begitu konfiden akan memenangi kes saman terhadap Papagomo. Tapi, si Rafizi ni lupa yang nak disamannya tu bukan calang-calang orang. IBM yakin kali ini Papagomo lebih bersedia dan mempastikan kali ini giliran dia pula menang. Tunggu Rafizi. Teruskan niat ko tu untuk menyaman dan menjatuhkan Papagomo. Kita tunggu dan lihat sapa yang kena nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"