Thursday, April 3, 2014

PR BERSERABUT!! MB KELANTAN KATA HUDUD AKAN DILAKSANAKAN JANUARI DEPAN. KARPAL SINGH TETAP TIDAK SETUJU. ROJAK! ROJAK!

KHAMIS, 03 APRIL 2014
KOTA BHARU - Hukum hudud bakal dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari tahun depan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. “Rang undang-undang persendirian itu akan meminta sidang Parlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah Syariah di Kelantan sahaja. “Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidang kuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk membuka laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Ahmad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri berkata, Akta Mahkamah Syariah yang ada sekarang mengehadkan hukuman syariah kepada ‘formula 356’ iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. Ahmad berkata, kerajaan negeri bersyukur dan berterima kasih atas kesediaan Kerajaan Persekutuan memberikan kerjasama serta komitmen bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukuman syariah di negeri ini. Menurutnya, keputusan berhubung perkara itu (mengemukakan rang undang-undang di Parlimen) telah diputuskan di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam.

Mengulas isu Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai, Ahmad berkata soal kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak berbangkit, malah pihaknya mengalu-alukan tindakan (Kerajaan Persekutuan) memandangkan ia tanggungjawab pemerintah. “Apa yang diputuskan, akan tetap diteruskan, Kerajaan Persekutuan akan membinanya secara berperingkat, iaitu dari Pasir Hor ke Kadok, kemudian Kadok ke Machang, begitu juga kerajaan negeri, dengan konsep sama (berperingkat), dari Machang ke Kuala Krai, adapun selepas lokasi itu mungkin boleh diadakan perbincangan,” katanya.


Tapi hasrat PAS itu ditentang oleh Karpal Singh. Baca kenyataan Karpal Sink di bawah :

Pemimpin Pembangkang Karpal Singh menegaskan kepada kerajaan Kelantan untuk tidak melaksanakan hukum hudud dan memberi amaran kepada Parlimen untuk tidak membentangkan sebarang rang undang-undang berkaitan hukum tersebut. Menurut Karpal, Kalantan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan hukum hudud menerusi Enakmaen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 menerusi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tersebut. “(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut. “Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan membentangkan RUU persendirian di Parlimen untuk melaksanakan hukum tersebut. 
“Rang undang-undang persendirian itu akan meminta Perlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah syariah di Kelantan sahaja. “Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” kata Ahmad Yaakob. Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan pelaksanaan hukum tersebut juga bertentangan dengan pendirian DAP ekoran hukum tersebut tidak sesuai dengan zaman sekarang.


P/S ~ Hahaha..tak payah komen le ye. Memang Pakatan Rakyat ni dah macam rojak. Tidak sepakat dan bersatu hati bila membuat sesuatu keputusan. PAS sekali lagi di perkuda-kudakan oleh DAPig. Nak laksanakan hudud pun takut dan tunduk pada DAP. Oh kesiannya. Apa komen PAS lepas ni. Tungguuuuu!. Wasallam ~ IBM.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...