Foto kerata api penumpang terbaru diambil seorang juru foto di atas landasan yang menghubungkan Shanghai dengan Hangzhou, China pada 16 Oktober lalu.
INFO GLOBAL DUNIA TANPA SEMPADAN
Perkhidamatan awam pertama cecah 486 kilometer sejam
BEIJING - Kementerian Keretapi China mengumumkan bahawa keretapi penumpang terbaru negara itu mencatit rekod baru dunia dengan mencecah kelajuan 486 kilometer sejam semasa dalam satu jalanan ujian yang diadakan, semalam.
Agensi Berita Xinhuam melaporkan ujian tersebut dibuat di atas landasan baru yang belum dibuka yang akan menghubungi dua tempat destinasi bandar utama China iaitu Beijing dan Shanghai. Menurutnya, keretapi itu mampu tiba di tempat destinasi dengan hanya lima jam berbanding masa sebelum ini dan ia dijadualkan untuk beroperasi pada 2012.
China adalah negara pertama dan satu-satunya memiliki perkhidmatan keretapi komersial pada jalur rel konvensional yang mampu memcecah kelajuan sehingga 486 kilometer sejam.
Sebelum ini, keretapi peluru Wuhan-Guangzhou mampu mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam untuk seluruh perjalanan dan ia dirasmikan pada 2009.
# IBM : Tak sabar nak tunggu Malaysia mempunyai kerertapi laju seperti negara China.
Wow..memang laju...kalau dari KL ke IPOH dgn kelajuan 486 kilometer, hanya mengambil masa 2 jam dah sampai.......canggih, memang canggih.....
bang.. ipoh ke KL dengan kelajuan 486 kmj .. alamatnya 20 minit je le
ReplyDeleteboleh malaysia buat cam nih..,,,tgk2 mcm tak mampu jerk
ReplyDelete