Wednesday, December 1, 2010

RM200 Juta Dikumpul Dalam Tempoh Tiga Tahun.?


Kata Cikgu Bad :
SEORANG Pegawai Jabatan Perdana Menteri didakwa memiliki harta kekayaan bernilai RM200 juta dalam tempuh tiga tahun 'menguasai' Jabatan Perdana Menteri, dengan ahli majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin.(MEDIA KEADILAN).
Beliau memperolehi maklumat dari 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai penyelewengan yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan yang dinamakan blognya sebagai Datuk Zakiah Ibrahim.
"Kita mempunyai beberapa dokumen sampingan dan masih menunggu pihak berkenaan untuk memberi respon atau menafikan dakwan. Namun secara tiba-tiba e-mail saya dihujani dengan beberapa pendedahan baru yang berkaitan dengan isu ini.
"Kita sedang menantikan saat sesuai untuk membuat pendedahan lebih serius. Kita tidak perlu terkejar-kejar kerana masih menunggu dokumen yang lengkap. Kami akan dedahkan dalam masa terdekat," katanya kepada Media Keadilan.
Mengikut Badrul Hisham, pemberi maklumat itu menyatakan individu berkenaan mengumpul RM200 juta dalam tempoh tidak sampai tiga tahun 'menguasai' pejabat Perdana Menteri.
Pegawai itu dikatakan berperanan memuktamadkan mereka yang mendapat projek melalui rundingan terus atau 'restricted tender' di kementerian Kewangan, sekali gus 'kuasa' beliau melebihi Datuk Seri Husni Hanadzlah selaku Menteri kewangan kedua.
Mengikut maklumat, keistimewaannya ialah boleh terus menghubungi Menteri untuk 'rundingan' terus' supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan Menteri atau Pegawai kanan Kementerian.

# IBM : Sama ada betul ke tidak infomasi yg Cikgu Bad ni dapat, seolah-olah ini adalah cerita rekaan dari PKR, fitnah yang mana itulah senjata PR untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Hairan juga saya, bila pulak Cikgu Bad ni dah jadi Magnum PI..?..tak sabar nak tunggu perkembangan selanjutnya...adakah kebenaran akan berpihak kepada Cikgu Bad..?...tungguuuuu......!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...