ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
KALAU lah anda seperti mereka bertiga ini, berikrar dengan sepenuh jiwa, sanggup berkorban demi Parti, sanggup menarik diri untuk tidak bertanding, sekirannya mereka bukan lagi calon yang boleh menang, bagaimana anda menilainya?
Katakanlah perkara ini berlaku pada anda, olok-olok je, nama anda tiada dalam senarai calon yang akan bertanding di PRU nanti, alasan yang diberi, anda bukanlah calon yang sukai rakyat dan bukan 'winnable candidate', apa perasaan anda?. Hehehe..jawapannya ada pada anda. Fikir-fikirkanlah.
Apapun, ekoran ikrar yang dibuat oleh tiga Naib Presiden Umno, sedia tarik diri dari bertanding sekiranya mereka tidak mampu menang, itu hanya 'gurauan politik' semata-mata. Masakan mereka tidak boleh menang, lihatlah mereka, masih muda, segak dan kuat. siapa kata mereka tidak boleh menang?
Sebenarnya, itu sebagai contoh. Akur kepada arahan Pucuk Pimpinan yang diatas. Maksudnya begitu mendalam sekali. IBM merasakan itu adalah amaran atau mesaj yang hendak di sampaikan kepada wakil-wakil rakyat Umno yang tidak lagi berfungsi atau memberi khidmat yang cemerlang kepada rakyat. Oleh itu, sedo-sedo kan diri wahai wakil rakyat yang dimaksudkan itu.
IBM bukan nak kondem korang semua, tapi ini adalah realitinya. Itu kemahuan Parti, jadilah 'orang Umno', bukan setakat jadi ahli Umno saja. Ikhlas dari saya - IBM
Tiga naib presiden sedia tarik diri
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 2, 2011
KUALA LUMPUR - Siapa agaknya lagi dalam kalangan pemimpin Umno yang akan tampil untuk menyatakan kesediaan mereka tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada calon boleh menangf?
Setakat ini tiga naib presiden dan seorang ahli Majlis Tertinggi menyatakan kesediaan mereka menarik diri daripada bertanding dalam PRU itu jika mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan tersebut pada sidang akhbar bersama selepas perasmian Per him pu-n an Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Sementara Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan kesediannya itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ahmad Zahid.
Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata “tiada masalah” apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi.
Katanya, ini selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat bantu parti memenangi PRU jika bertanding.
“Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri,” katanya.