Monday, December 5, 2011

SAH!!..MEMANG SAH POK NIK BERTANDING LAGI...


KOTA BARU  Dah le Pok Nik ooi. Tak puas-puas ke lagi berpolitik. Lapan puloh tahun (80) dah umur mu, memang dah 'senja'  betui. Tak ingin ke nak bersara?. Semalam,  Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Insya-Allah beliau akan bertanding lawan Umno. Dia tak kisah pun orang sebut nama nya pada perhimpunan itu katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.
Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.
Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.
Cuma satu beliau nak jawab kalau orang samakan dia sebagai nabi itu adalah kufur, kata beliau. - IBM

MEMANG TUA-TUA KELADI POK NIK NI, MAKIN TUA MAKIN MENJADI-JADI, TAMBAH DOSA.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...