Wednesday, December 7, 2011

HUHUHU..ZAID BUAT 'U' TURN, TIDAK BERTANDING, TAKUT KALAH!!!

MULA-mula kata nak bertanding, lepas tu kata tak nak pulak. Memang betui kata orang, lawyer ni memang pandai pusing, pusing sana, pusing sini dan akhirnya buat pusing 'u turn'. Mula-mula beria-ia benar nak bertanding. Kat PJ Selatan le, lepas tu kat mana lagi?...hehehe, IBM dah lupa pulak. 

Siapa tak kenal Zahid Ibrahim?..Bin pun sama dengan Anwar Ibrahim, cuma dia ni x main yang tu, cuma suka 'yam seng' je. Sebagai seorang Presiden, Presiden KITA, kenyataannya yang berbelit-belit, jelas menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

Bagi pandangan IBM, kalau Zahid mahu bertanding, atau meletakkan calonnya dari KITA di PRU ke-13 nanti, sudah pasti akan hancur. Akan hilanglah wang pertaruhan. Baik dengan duit tu, ko bawak pergi 'yamseng'...lebih baik. Orang seperti Zahid me memang tidak boleh dipercayai. Rakyat sudah tahu siapa dia yang sebenar?. Bayangkan di era pemerintahan Pak Lah, dia begitu selesa, diberi jawatan Menteri jawatan penuh. Lepas tu apa jadi?....letak jawatan tanpa alasan yang kukuh dan keluar dari menjadi ahli Umno. Banggang punya manusia.

Dan, sebelum ini, Zahid dan parti KITA mengumumkan hasratnya bertanding dalam PRU yang akan datang dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). tiba-tiba si lawyer 'buruk' ni buat pusingan 'u turn' untuk membantu pembangkang tanpa syarat. Bayangkan manusia jenis apa dia ni?. Apapun, bagi IBM, samada dia bertanding ke tidak, itu tidak akan menjejaskan atau menguggat prastasi BN untuk menang, kerana rakyat sudah mula menunjukkan sokongan padu pada BN yang di dokong oleh DS Najib. Insyallah. kita biarkan Zahid dengan angan-angan mat jeningnya, sepertiman ex-bosnya berangan untuk menjadi Perdana Menteri.- IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...