Friday, December 2, 2011

NAJIB LULUS 4A, 1F DALAM UJIAN PENILAIAN!!

ASSALAMUALIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

NAJIB (kanan) dan Muhyiddin geli hati dengan celoteh Mohd. Salleh ketika membahaskan usul ucapan Presiden di PWTC semalam.

KETAWA beso nampaknya kedua-kedua orang kuat Umno ni. IBM pun turut ketawa, bagai nak pecat perut ni. Apa tidaknya, rupa-rupa ramai juga ahli-ahli Umno ni yang mempunyai bakat untuk jadi pelawak. Boleh le masuk pertanding 'Raja Lawak' nanti. Pak lawak yang mewakali Kota Belud Sabah, memberikan markah 4A, 1F kepada kepimpinan DS Najib . Itu yang mencuit hati perwakilan semua ketika perbahasan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 semalam.

Wakil dari Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said secara berseloroh berkata, dia membuat penilian tersebut setelah diberi peluang sebanyak dua kali untuk berucap pada perhimpunan itu. Dia memuji DS Najib kerana gaya kepimpinannya, menjuarai rakyat, berinteraksi dengan anak muda melalui laman 'Twitter'nya.

Perkara seperti itu, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia, malah, Presiden Amerika Syarikat, Obama pun tidak pernah memanggil rakan-rakan Twitternya ke majlis high tea, katanya. IBM nak tegelak jugak, tapi, tiba-tiba handfon IBM berdering, kena le jawap. Potong stem betui. Apapun lawaknya itu bersahaja, menghiburkan semua perwakilan di dalam Dewan yang kadang-kadang IBM tengok, terkuap-kuap, keletihan agaknya. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...