Friday, December 16, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

 16 DISEMBER

(gambar hiasan)

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM 

PENUBUHAN BATTALION PERTAMA REGIMEN PERSEKUTUAN
Pada hari ini dalam tahun 1953, Battalion Pertama Regimen Persekutuan telah ditubuhkan dengan rasminya bersempena dengan perbarisan ulungnya di Taiping, Perak. Upacara berwarna-warni ini telah mencatatkan satu detik yang bersejarah ke arah perkembangan angkatan tentera yang menjadi benteng pertahanan di negara ini. General Sir Gerald Templer merupakan 'bapa' kepada regimen ini tidak dapat turut bersama dan telah diwakili oleh General Sir Hugh Stockwell. Di dalam perutusannya, Sir Gerald Templer telah mengingatkan anggota-anggota tentera bahawa tingkah laku, disiplin dan keberanian mereka adalah perkara yang penting dan mempengaruhi keadaan negara ini. Battalion Pertama Regimen Persekutuan tersebut merupakan pasukan tentera yang dianggotai oleh semua kaum. Anggota-anggotanya terdiri daripada 40 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan 20 peratus India serta kaum-kaum lain.Kumpulan pelatih pertama adalah seramai 140 orang mula menjalani latihan dalam bulan September 1952. Pegawai Pemerintah Pertama Battalion tersebut adalah Leftenan Kolonel T. H. Trevor. Sesungguhnya,  penubuhan Battalion Regimen Persekutuan ini merupakan satu catatan bersejarah dalam perkembangan angkatan tentera di negara ini yang menuju ke arah kemajuan dan pembentukan identitinya.
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...