Friday, December 16, 2011

Hassan Ali 'TIBAI' Mahfuz Dan Mustafa Ali

PETANG tadi IBM di hubungi oleh seorang sahabat lama melalui handfon. Dia bertanya kenapa dua tiga hari ini di blog IBM asyik bercertia pasal Hassan Ali je. Ada apa-apa ke? tanyanya. Hehehe..IBM jawab tak ada apa-apa lah. Cuma IBM kagum dengan cara Datuk Dr Hassan Ali menghadapi segala tomahan dan cacian dari rakan sepejuangannya, PAS yang begitu aggerisif menyerang beliau.

Tidak terburu-buru dan tidak cepat melatah, dengan tenang Datuk Dr Hassan Ali menyeru kepada rakan-rakan PAS nya supaya jangan berfikiran tertutup dan simplistik. Sebelum membuat tuduhan liar, carilah bukti dulu. Seruan itu di tujukan kepada dua orang rakan karibnya dari PAS, iaitu, Mahfuz Omar dan Mustafa Ali. Dua ekor berok PAS ni begitu lantang mengkritik Datuk Dr Hassan Ali, menuduh beliau sebagai 'agent Umno' dan mencabar Datuk Dr Hassan supaya keluar dari PAS dan menyertai Umno.

Isu ini tak akan habis di sini. Percayalah. Banyak lagi cerita-cerita baru yang akan timbul tak lama lagi. Al-maklumlah, PRU ke-13 kian hampir. Maka inilah masanya masing-masing nak jadi 'hero parti' dan sanggup menelanjangkan rakan sepejuangan demi kepentingan politik kotor mereka. PAS dulu dengan lantang mengatakan Umno sebuah parti yang mengamalkan tektik kotor, pancung memancung sesama sendiri. Sekarang, apa sudah jadi dengan PAS?

Sahabat IBM yang menalifon petang tadi juga kagum dengan pendirian yang Datuk Dr Hassan lakukan. Beliau teruja dengan sikap pemimpin PAS seperti Datuk Dr Hassan Ali. Perbezaannya begitu ketara jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, termasuk Tok guru Nik Aziz dan Hj Hadi Awang. Apapun, IBM harap, sehari dua ini ada berita yang mengembirakan kita kerana Datuk Dr Hassan Ali akan membuat satu pengumaman kepada umum. Kita tunggu dan lihat nanti. 

Antara Nasihat Datuk Dr Hassan Ali Kepada  Dua Ekor Berok PAS  (Disunting Dari Sebuah akhbar) :

Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar’

December 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik hari ini.
Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.
Juga semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Hasan boleh keluar PAS dan menyertai Umno jika beliau mahu.
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin bertindak tidak wajar sebagai pemimpin parti.
“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.
“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau.
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
Nasharudin dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harian berhubung isu calon pilihan raya mendakwa PAS semakin pelik sejak kebelakangan ini.
Hasan juga berkata kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PAS bukan satu masalah kepadanya, sebaliknya menjadikan beliau lebih kental untuk terus berjuang atas nama Islam dan Melayu.
Hasan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.
“Saya tetap setia dan akan terus setia kepada dasar perjuangan parti sebagai harakah Islamiah dan bukan parti politik semata-mata,” katanya lagi.
PEMIMPIM-PEMIMPIN MEMANG PEMIMPIN YANG TIDAK MEMPUNYAI SIKAP HORMAT  DAN SETIA KAWAN. BAGI MEREKA PANGKAT DAN WANG RINGGIT DI DAHULUKAN.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...