Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman sivil Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke atas akhbar milik Umno,Utusan Malaysia berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O'Hara membenarkan bantahan awal yang ditimbulkan pleh peguam Utusan Malaysia yang mendakwa saman itu remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Hakim O'Hara juga mengarahkan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, untuk membayar kos RM5,000.
Utusan diwakili oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Mat Sabu pula diwakili oleh Azhana Mohd Khairudin.
Pada 14 September lalu, Mohamad, 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan - Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad - dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.
Mohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.
Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan semua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.
Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.
salam, Tuan pasti ke linkkan blog saya?...saya biasanya orang letakkan dalam kategori pro PR...anyway saya dah masukkan blog tuan dalam link saya. Tq
ReplyDeleteMat Sabu mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.
ReplyDeleteBeliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
p/s: malu, terhina, reputasi jatuh merudum, kena ugut, dituduh penyokong kominis, ancaman hilang warganegara dsb tu agak2nya sapa yg carik ye. dtg sendiri barangkali. atau mulut awk yg tak pernah diinsurankan!!!
blog saudara telah saya link kan... semoga kita dapat bertukar-tukar pandangan...
ReplyDeleteKulaan Niring a.k.a KN
W'kumusalam Mohd Shubi,
ReplyDeleteYa, saya telah linkkan blog tuan di blok list 1. Bagi saya, saya semunya blog dan bloggers adalah kawan, wakima, blogger pro kerajaan ke atau blogger pro PR. Anyway, tterima kasih kerana linkkan blog saya di blog tuan. Selamat berjuang.
Salam Kulaan Niring,
ReplyDeleteTerima kasih. Insyallah tuan. Selamat berjuang.
Salam Usin,
ReplyDeleteTerima kkasih di atas komen saudara.
Bagi saya, sebelum Mat Sabu menuduh yg bukan2, beliaulah yg sepatutnya cerminkan dirinya dulu. Selama ini dia dgn mulut celuparnya, makin hamun bila berceramah, mulut dialah yg tak pernah diinsurankan.
Cara mat Sabu berceramah, memang x layak dia memegang jawatan sebagai Tim. Presiden Pas, lo kualiti, x bermaruah, pengkhianat bangsa.
Itulah org Pas yg x pernah mengakui kesilapan sendiri, membodohkan diri sendiri, memalukan bangsa dan agama Islam, hinggakan Nk Aziz pun di samakan seperti nabi. Malu...malu....Pas oh Pas!!