Tuesday, December 20, 2011

Times Up Datuk Saifuddin. Elok Le Letak Jawatan. Tunggu Apa Lagi???

IBM nak beritahu pada Pak Menteri seko ni. Tak payah le nak desak budak-budak tu mohon maaf. Salahkan diri tu sendiri. Lembik, tiada pendirian, tak tegas dan cakap tak serupa bikin. Benda dah terjadi ibarat nasi dah jadi bubur. Oleh itu, ramai masyarakat di luar sana marah dengan sikap biadap para mahasiswa kerana menurunkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akedami (Bebas) pada Sabtu lalu.

Di pendekkan cerita, di atas kegagalan Datuk Saifuddin mengawalkan keadaan pada hari itu dan insiden tersebut amat memalukan, ramai masyarakat di luar sana menyeru supaya Datuk Saifuddin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Penggajian Tinggi dan tidak bertanding di PRU ke-13 nanti. Ini sedikit sebanyak akan mengugat dan membuat orang ramai hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN).

Untuk tidak mengeruhkan keadaan baik di luar sana ataupun di dalam parti Umno, berundurlah wahai Pak Saifuddin. Kami tak mahu kerana kamu Umno hilang undi anak-anak muda kerana buat masa ini ramai dah anak muda yang anti dengan kamu. Jesteru, elok le kamu berbuat demekian. Fikirkanlah wahai Datuk Saifuddin. Umno akan kenang jasa-jasa mu yang lepas.

MELETAK JAWATAN TAK BEERTI KITA KALAH. BERKORBANLAH DEMI PARTI, BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR. ITULAH ORANG UMNO YANG SEBENARNYA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...