Tuesday, December 27, 2011

AMARAN!!! Jangan Ke Kelantan, Tak Selamat!!!


SESIAPA yang hendak ke pantai berkelah bersama-sama keluarga, fikirlah dua tiga kali dulu. Di laporkan ia tidak lagi selamat. Betul ni. Ini bukan cerita dongeng.

Kalau tak percaya tanya Majlis Keselamatan Negara (MKN). Depa nasihatkan penduduk di sepanjang pantai negeri kelantan, dan juga para pelancung, baik dalam dan luar negara akan bahawa ancaman ombak besar yang dijangka berlaku Khamis ini. Hari ini Selasa, dua hari je lagi. Tak kan le tak boleh tunggu. 

Menurut sumber terdekat, orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan pantai untuk berkelah atau berjalan-jalan kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini ekoran daripada fenomana air pasang besar itu. Elok beno le korang dego nasihat dari pihak yang berwajib. Kalau apa-apa terjadi siapa yang susah?, diri sendiri juga,kan.?

Orang ramai juga di  nasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan 'gigi air' di pantai kerana ombak besar atau fenomena 'ekor naga' boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau mahu berkelah boleh, tetapi jangan mandi atau menghampiri pantai. Bercerita pasal 'ekor naga' ni, IBM pernah dengar ceritanya, tapi, tak pasti yang macamana di katakan ekor naga. Boleh libas orang ke?..hehehe...Wallahwa'lam.

Apapun IBM nak ingatkan semua. Sekolah tak lama lagi akan dibuka. Janganlah cari pasal, dengarlah nasihat atau amaran tu. Peka le sikit dan ambik serius sikit. Kalau jadi apa-apa pada keluarga kita, terutamanya penduduk-penduduk tempatan, siapa yang susah. Kalau cedera, patah riuk, masuk hospital, kan susah tu. Menteri Beso korang orang, Pok Nik mana ada masa nak lawat korang kat Hospital, dia sendiri pun ada kat Hospital, tenat.

Serius ni, no joke. Demi keselamatan semua, jangan le hampiri pantai, bawa le keluarga cuti-cuti Malaysia di tempat lain. Ikhlas dari saya. 


JANGAN ADA YANG MENANTI DENGAN TANGISAN. BETUL, MALANG TAK BERBAU, TAPI BOLEH DIHINDARKAN SEKIRANYA KITA BERWASPADA.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...