Thursday, December 22, 2011

Akibat Tertekan, Pok Nik Di Kejar Ke Hospital...


Itulah degil beno orang tua ni. Orang suruh berihat tak mahu. Masih lagi nak berpolitik. Kan dah susah jadinya. Nasib baik sempat sampai kat hospital, kalau tidak dapat cuti rakyat di Kelantan. Pak Nik Oii, ramai diluar sana nasihatkan Pok Nik supaya berundur diri dalam politik. Lupakanlah untuk bertanding di PRU yang akan datang ni.

Dah heboh di blog-blog, Pok Nik masuk hospital, begitu juga di TV. IBM pun baru dapat berita ini dari seorang kawan di TV3. Berihat le Pok Nik. Jaga kesihatan tu. Ikhlas dari saya - IBM

Nik Aziz Di Masukkan Ke ICU


(Khamis, July 22, 2004 - Buletin Utama TV3)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.
Keadaan beliau stabil sehingga selepas satu tiga puluh tengahari tadi, beliau dalam keadaan sedar sepanjang masa.
Beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu mungkin kepenatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan di Pasir Putih semalam selain memenuhi program melawat kawasan perikanan Tok Bali.
Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .
Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan Dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Husam Musa berkata, pemeriksaan awal pakar perubatan hospital itu mendapati Datuk Nik Aziz perlu menjalani pembedahan koronari dalam tempoh terdekat.

BERKUBURKAH PAS TANPA NIK AZIZ?....ORANG PAS ADA JAWAPANNYA.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...