Saturday, December 24, 2011

Khir Toyo Rayu Hukuman...Tapi, 9 Januari Jadi Tanda Tanya??

SHAH ALAM  - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara setahun bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.


Notis rayuan difailkan oleh peguamnya, M.M. Athimulan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.30 petang, kira-kira empat jam selepas hukuman penjara itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Mengikut kata Khir, ini bukan proses penghakiman terakhir buat beliau kerana beliau akan merayu mengenai keputusan ini kepada mahkamah yang lebih tinggi, katanya semasa ditanya oleh pemberita di luar mahkamah sebaik sahaja prosiding kesnya selesai.

Berhubung masa depan politiknya, Mohamad Khir berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas 9 Januari tahun depan tetapi enggan mengulas lanjut mengapa tarikh tersebut yang dipilih.


Ini yang membuat ramai orang suspen dan tertanya-tanya kenapa Khir menunggu sehingga  9 Januari baru nka umumkan masa depan krier politik beliau?...hehehe..ada apa-apa ke Khir?....kerana, tarikh tersebut sama dengan tarikh hukuman yang akan di jatuhkan oleh Mahkamah terhadap Anwar Ibrahim ke atas kes Liwat II nya.

Apapun, kami mendoakan agar rayuan akan diterima dan ini akan membuat Khir dapat meneruskan krier politik beliau walaupun ada desas-desus yang beliau akan bersara di arena politik. Betul ke tidak, Khir sendiri ada jawapannya. Tapi....tarikh 9 Januari ni yang membuat IBM dan ramai rakan-rakan diluar sana berdebar-debar dan tak sabar nak dengara apakah pengumanan yang akan Khir umumkan. Tunggu...sabar ye!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...