Krisis dalaman DAP serius
Nampaknya krisis dalaman DAP kini semakin serius ekoran pertelagahan yang wujud di kalangan pemimpin parti itu, berhubung dengan pemilihan calon-calon yang akan bertanding pada PRU ke-13 nanti. Buat masa ini, dilihat kedua -dua pihak belum lagi dapat duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang semakin tegang.
IBM berpendapat pertelagahan antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy dijangka menjadikan masalah dalaman parti itu lebih buruk. Masing-masing nak jadi jaguh le katakan. Selama ini ramai yang tahu bahawa DAP satu-satunya parti yang akan mengubah landskap politik tanah air yang mana mereka begitu lantang bersuara untuk mengamalkan sistem 'Malaysia Malaysian'.
Tapi, yang hairannya ramai orang-orang melayu yang terpengaruh dan menyokong parti DAP, terutamanya parti PAS yang kononnya parti Islam dan akan terus mendukung Islam. Malah mereka telah bercantum menjadi rakan kongsi bagi tujuan untuk menjatuhkan UMNO/Barisan Nasional (BN). Apa yang menyebabkan orang-orang melayu berkeadaan begitu?
Sukar di jawab, tapi jawapannya ada diluar sana.
Memandangkan krisis dalaman DAP ini semakin serius, Karpal Singh dengan egonya sebagai Pengerusi, Ramasamy pula dengan pangkatnya sebagai Timbalan Pengerusi Pulau Pinang, mereka dah tak boleh bertentang mata, maka masa inilah kita memainkan peranan, keluarkan jarum-jarum yang ada, cucuk aje le biar rakyat di negara ini sedar siapa Dap yang sebenarnya. Mereka begitu beranai menghasut rakyat mengatakan bahawa Umno parti rasis, tapi sebenarnya merekalah yang rasis. Berbalik kepada masalah dalaman parti mereka, mereka (pemimpin DAP) masing- masing mempunyai senarai calon sendiri seperti senarai warlord, senarai mafia dan senarai godfather.
Kesimpulannya, Dap adalah parti yang mementingkan diri sendiri, parti perkaumam dan akan mengamalkan sistem komunis bila dapat memerintah negara ini kelak. Oleh itu sedar dan bangkitlah wahai bangsa ku. Jangan kita ditindas oleh pendatang seperti parti Dap ini. Mari kita sama-sama mendoakan agar krisis dalaman Dap berterusan dan akhirnya hancur.
DAP PARTI 'RASIS' DAP MENJURUS KEPADA PERJUANGAN KOMUNIS