CERITA-cerita macam ini lah yang menakutkan kita. Tak tahu sama betul atau tidak, dan kebenarnya sukar di nak di terima. Kadang-kadang ianya sengaja di ada-adakan bagi tujuan politik. Maklumlah PRU ke-13 hampir tiba. Melihat gelagat gambar seperti di atas, tidak terdapat perselisihan faham di antara kedua-dua pemimpin dari negeri 'hobeng jang hobeng' ni. Apatah lagi di apit oleh Timbalan Perdana Menteri pulak tu.
Atau, mereka hanya berlakun di depan Timbalan Perdana Menteri?. IBM bukan nak menyebuk. Sekadar merasa cemas apabila membaca artikel di bawah ni. Betul ke ianya akan berlaku. kalau berlaku kenapa?..apo dah jadi..apo kono nya Jang? Disaat-saat kita akan menghadapi PRU yang di anggap amat sukar di abad ini, kenapa le kita nak berebut-rebut jawatan pulak?
Kepada Datuk Seri Mohd Hasan dan Tan Seri Mohd Isa Samad, katkan tidak dan ianya tidak berlaku dan hanya khabar-khabar angin belaka. Sekiranya ia benar-benar berlaku, pembangkang lah yang akan untung kerana baru-baru ini mesej telah di sampaikan oleh ketua Pembangkang, peliwat negara dan pembohong no 1 negara bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menjadikan Negeri Sembilan sasaran mereka dan akan merampas dari pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Tidakkah ini dianggap satu cabaran yang harus dipandang serius?. Kepada kedua-dua pemimpin dari Selatan tanah air ni, fikir-fikirkanlah. jangan bersengketa sesama sendiri. Yang ruginya kita. Fikir-fikrikahlah. Ikhlas dari saya :
BERSATU, BEKHIDMAT, BERSETIA, ITULAH COGAN KATA KITA ORANG UMNO, DULU, KINI DAN SELAMANYA.